Tuesday, November 29, 2011

LAST DAY NGAN BFF

Ini adalah tempat kami last bersama ngan bff kat ofis..kami sambut farewell kat FULL HOUSE at Wangsa Walk...tempat dia bleh la...peberet colour tu...putih suci dan murni...tu la lambang persahabatan kami...hehhe lihat la gelagat kami ye..


Ini gambo aku posing kat kete mini..hehhe so cute



Ini la menu aku time mkn kat FULL HOUSE...mmg best la...spageti dia mmg best la cume byk sgt cream dia le...bla lama2 mkn cam nak muntah pun ada...hahha tp mmg best..



Ini pulak gambo kat opis bersama anak mummy yg mummy sayang tau...ada muka iras2 ngan mummy...nama dia Alya Adriana...anak Ema...cute sgt geram pun ada..almaklumla x der bby gurl yg ada bby boy tu yg syg sgt ngan Alya ni...muahhahah


Ini adalah gambo nad ngan ema...


Ini gambo aku ngan budak joren...mmg x boleh bla la...nasib x meleleh tau...nama dia Elynn..


Ini aku posing bersama ema ibu kepada Alya...heheh mmg ni je la kenangan kami bersama..adiah x sempat nak amik la...last2 kami sume dapat handbeg tau...sume sama cuma colour je yg lain...ada masa aku update lain...heheh

1WEEK CDCS



hahah turun 0.5kg je...leh la dr x turun pun...mkn pun x berapa nak lalu last2 ni la resultnya....hehehhe cam ner ni...leyla go...go....kau boleh leyla...jgn mudah putus asa ye....chayok...chayok...

sory arr lewat update pasai keje byk sangat sampai x sempat nak update...last2 ni je yg leh syer ngan kwn2...heheh

Friday, November 25, 2011

Kenapa Karbohidrat Boleh Menggemukkan

Salam,

Kita pasti selalu dengan orang cakap jangan ambil karbohidrat banyak sangat, nanti boleh gemuk. Sebab itulah ada orang yang berdiet tidak makan nasi serta roti, bagi menguruskan badan mereka. Betul ke karbohidrat boleh menggemukkan?

TERDAPAT dua jenis karbohidrat yang tidak menyihatkan di dalam hidangan kita seharian. Yang pertama adalah makanan manis dan bergula manakala kedua bijirin yang tidak bercambah seperti roti, nasi dan pasta.


Karbohidrat dalam sayur-sayuran dan buah-buahan jauh lebih baik kerana ia semulajadi tanpa melalui proses pengubahan sebagaimana roti dan gula.

Karbohidrat jenis roti dan gula meningkatkan paras gula dengan mendadak sehingga merosakkan kesihatan manakala jenis sayur-sayuran pula mengurai dengan perlahan memberikan tenaga tanpa merosakkan tubuh.

Gula merupakan keperluan sel dalam tubuh kita. Tanpa gula kita menjadi lemah tidak bermaya. Yang merosakkan tubuh adalah kenaikan paras gula melampau secara tiba- tiba. Apabila kita minum segelas minuman manis, paras gula meningkat dengan tiba-tiba menyebabkan paras hormon, enzim dan transmitter tubuh berada dalam keadaan yang tidak menentu. Lama kelamaan akibat aktiviti tidak menentu ia mudah rosak. Keadaan ini boleh disamakan dengan suis lampu atau peralatan elektrik yang dipetik beribu kali tanpa henti. Sudah tentu ia mudah rosak kerana penggunaannya yang tidak berkala.

Apabila mengambil minuman yang sangat manis atau makan makanan berkarbohidrat tinggi seperti roti atau pasta jumlah gula akan meningkat secara drastik di dalam darah. Kita akan berasa bertenaga selama 20 minit. Kelenjar insulin mengesan kehadiran gula dan mula bekerja keras menurunkan kadar gula. Insulin yang banyak akan berkitar di dalam tubuh kita melebih sejam. Pada masa ini paras gula sudah terlalu rendah manakala paras insulin pula sangat tinggi. Ketidakseimbangan membuatkan seseorang menjadi lemah dan lesu. Ini adalah faktor mengapa tubuh kita menjadi letih dan mengantuk setelah beberapa jam makanan makanan manis atau tinggi karbohidrat diproses.

Apabila proses ini berulang setiap hari tubuh kita bagaikan kehilangan signalnya yang semula jadi. Paras hormon metabolik turut terjejas dan akhirnya kita akan menjadi obes yang tidak mudah dipulihkan dengan diet biasa.

Seseorang yang mahu kurus harus mangambil berat fakta sebegini. Metabolik tubuh harus ditingkatkan. Pemilihan makanan yang tidak meningkatkan paras gula dalam darah adalah faktor terpenting bagi membantu meningkatkan hormon metabolik.

Indeks Glycemic merujuk kepada kebolehan sesuatu makanan meningkatkan paras gula dalam darah. Ia sebenarnya merujuk kepada kebolehan sesuatu makanan dipecahkan menjadi gula dalam darah kita. Lebih tinggi indeks glycemic bermakna lebih cepat makanan ditukar menjadi gula dan memberi kesan buruk kepada tubuh kita.

Senaman adalah satu lagi faktor utama yang mampu meningkatkan kadar metabolisma. Kita perlu ingat bahawa senaman bertujuan meningkatkan kadar pemanasan tubuh dan bukannya membentuk otot semata mata. Oleh kerana lemak lebih cenderung terbentuk pada perut, paha dan belakang maka senaman yang baik adalah senaman yang menggunakan otot ini.

Saya mencadangkan senaman otot-otot utama atau Core Muscle Excersize yang mudah dan sangat berkesan. Otot utama kaya dengan bahan pembakar lemak. Pergerakan otot utama membuatkan seluruh tubuh kita berfungsi. Apabila kita melakukannya kita dapat rasai kesan yang pantas dan hebat.

Senaman jenis ini tidak memerlukan ruang yang luas. Memadai dilakukan di atas tilam atau lantai sahaja. Lagipun ia tidak mengambil masa yang panjang hanya sekitar 20 minit sahaja. Ia juga tidak menjemukan kerana tanpa disedari kita menggunakan tenaga seluruh tubuh bagi melakukannya. Pada waktu ini otot-otot akan distimulasi dan mengeluarkan hormon serta enzim yang baik bagi mengunakan lemak secara efektif.

Seorang sahabat saya yang juga doktor pakar memberitahu sejak berat badannya meningkat dia berasa sangat tertekan. Senaman dan pengurangan makanan sahaja tidak dapat membantu. Selepas meningkatkan paras hormon dan enzim kehidupannya kembali ceria. ”Dulu senaman pun tak berpeluh namun sekarang berpeluh-peluh,” katanya.

Saya teringat seorang jiran berbangsa Tionghua yang memberitahu bahawa dalam masyarakatnya tubuh yang sihat adalah tubuh yang berpeluh dan panas. Teknik perubatan Cina mementingkan peningkatan metabolisma.

Salah satu cara untuk meningkatkan metabolisme adalah bersenam secara konsisten sebaiknya di awal pagi. InsyaAllah, apabila metabolisme kita meningkat, berat badan dapat diturunkan dalam masa yang cepat.

TIPS KURUS

Dari sudut kesihatan, obesiti merupakan sejenis penyakit yang berkaitan dengan nutrisi. Tetapi, dari pandangan mata masyarakat, obesiti adalah satu masalah yang melibatkan gaya hidup dan pemakanan seseorang.

Langsing dan Kurus Adalah Idaman Semua Wanita


Malah, penyakit ini semakin menular dan menyerang sesiapa sahaja tanpa mengenal usia dan latarbelakang. Hal ini terjadi disebabkan oleh faktor obesiti yang datang dalam pelbagai bentuk seperti genetik, gaya makan, gaya hidup, persekitaran, dan lain-lain.

Masalah ini semakin runcing apabila seseorang yang mengalami obesiti lebih suka duduk di rumah dan menonton televisyen sehari suntuk tanpa melakukan sebarang aktiviti. Walhal tindakan itu salah kerana ia tidak memberikan sebarang penyelesaian kepada masalah obesiti.

Walaubagaimanapun, sekiranya anda seorang yang berhadapan dengan masalah obesiti, anda tidak seharusnya merasa rendah diri dan kerap mengeluh. Sikap seperti itu mampu membuatkan anda tertekan dan tidak seronok menjalani kehidupan.

Oleh itu, di bawah ini terdapat 6 tips untuk anda bersikap ‘Happy Go Lucky’ walaupun badan anda bersaiz besar daripada orang lain.

1. Tolak Tepi Kata-Kata Negatif

- Orang sekeliling anda memang suka untuk mengenakan seseorang yang berbadan besar. Ketahuilah, perkara ini terang-terangan menyebabkan anda menjadi tidak yakin dan merasa diri serba kekurangan. Akhirnya, persepsi itu memusnahkan hidup anda. Oleh itu, anda perlu tangani situasi ini dengan kuatkan semangat seterusnya menghapuskan kata-kata negatif itu daripada terus bermain dalam minda anda. Ianya tidak mudah tetapi anda mampu lakukannya!

2. Fikirkan Anda ‘Luar Biasa’

- Bagaimana untuk lakukannya? Pertama, anda perlu mengubah cara pemikiran anda kepada yang lebih positif. Setiap hari, renung cermin dan katakan kepada diri sendiri bahawa anda seorang yang luar biasa dan lebih hebat daripada insan lain. Amalkan setiap kali bangun daripada tidur sehingga pemikiran itu tertanam dalam minda anda. Semasa merenung cermin, buangkan segala kata-kata negatif yang menghantui diri anda agar teknik ini menjadi lebih berkesan.

3. Bergaya Seperti Yang Lain

- Obesiti bukan penghalang untuk anda bergaya seperti orang lain. Hiaslah diri anda dengan pakaian yang cantik-cantik. Mekap muka anda agar kelihatan lebih menyakinkan dan outstanding. Tiada siapa yang nak marah. Itu kan hak anda!

4. Aktif Dengan Pelbagai Aktiviti

- Sekiranya selama ini anda tidak pernah terlibat dengan sebarang akiviti, inilah masanya untuk anda berbuat demikian. Anda boleh ikuti sebarang aktiviti kelab atau persatuan di sekolah, universiti mahupun pertubuhan luar. Dengan menyertai pelbagai aktiviti, ianya membuatkan anda menjadi lebih mahir dan pakar terhadap sesuatu perkara. Sekaligus membuatkan anda lupa terhadap kelemahan diri yang sedang anda fikirkan.

5. Hangout Dengan Rakan-Rakan

- Sebelum ini, apabila rakan mengajak anda keluar, jawapan yang biasa anda berikan adalah dengan mengatakan tidak. Ini kerana anda berasa malu untuk keluar disebabkan keadaan diri anda yang obesiti. Sepatutnya, anda perlu buang sikap malu itu dan keluar bersama rakan-rakan. Aktiviti itu mampu menceriakan dan menggembirakan diri anda. Hal ini membuatkan anda merasa tidak tersisih.

6. Panjatkan Kesyukuran

- Anda sebaiknya merasa bersyukur dengan kurniaan Allah S.W.T. Ini kerana, anda bukannya cacat dan langsung tidak boleh bergerak untuk melakukan sebarang kerja atau aktiviti. Ingatlah, terdapat insan yang lebih susah daripada anda. Buktikan bahawa anda mempunyai kekuatan yang tersendiri tetapi tidak dimiliki oleh orang lain.

Sejurus anda mempunyai minda yang positif, mungkin anda boleh mula plan untuk kuruskan badan dengan mengikut panduan yang betul. Jangan terburu-buru dalam menguruskan badan kerana ia boleh membahayakan diri sendiri.

Thursday, November 24, 2011

DIETKU TERSASAR

Hari dietku tersasar ari ni pasai pg td bff aku belanja budak ofis pasai sok dah last day so dia pun beli nasi lemak...sudah tersasar dah...huuhuhuh pastu lak lunch member yg sorang belanja di Seri Melayu Jln Conlay...Alamak cam ner ngan diet aku ni...x g cian lak pasai nak raih farewall 3 org sekali pegi...sedih sgt tau...tp nasi mmg x amik la..menu ari ni adalah :=

b'fast
nasi lemak
teh ais

lunch
ayam masak cili api -1 ketul
sayur bendi
telur dadar
ais kacang + ice cream
rojak buah
pesembur
pulut durian
air kosong

dinner
bihun kung foooooo
air limau panas
air kosong

mmg byk giler la aku mkn...balik ni wat senaman lebih la...mana leh ni takut x turun je la...mlm ni minum susu dah ler..perut ni mmg kenyang pasai aku belasah air kosong 1.2L dah...mana x cam nak muntah pun ada...wahahahahaha..sabo je la aku...
sok punya cite lum tau lg...hehehehe

SISTEM MENURUNKAN BERAT BADAN ANDA?

Barangkali anda banyak membaca mengenai bagaimana untuk menurunkan berat badan, tips kuruskan badan, diet seimbang dan seumpamanya. Tapi sampai sekarang, ianya belum menampakkan hasil. Tentu anda rasa kecewa, bukan?

Anda berjaya menurunkan berat badan? -



Dimanakah agak silapnya?

Andainya anda masih belum nampak dimanakah kesilapan masing-masing, apakata anda ikuti langkah-langkah berikut;


1. Menitikberatkan waktu makan dan kuantiti makanan

Dalam sehari, anda boleh makan sehingga 5 ataupun 6 kali. Paling tidak pun, anda tentu akan makan 3 kali sehari. Iaitu sarapan, makan tengahari dan malam.

Cuma apa yang penting adalah anda perlu menjaga waktu makan dan kuantiti makanan yang diambil.

Contohnya jika anda selalu bersarapan jam 7.00 pagi, cuba disiplinkan diri untuk bersarap dalam lingkungan waktu tersebut. Ini kerana sarapan penting bagi membekalkan anda tenaga memulakan aktiviti harian.

Contoh hidangan sarapan pagi -



Jika sering melewat-lewatkan waktu makan, tahap metabolisme anda akan menurun. Bila menurun, ia akan menyukarkan proses pembakaran lemak dan kalori dalam badan anda. Inilah sebabnya mengapa anda masih tak berjaya untuk kelihatan langsing.

Begitu jugalah dengan kuantiti makanan yang diambil. Pastikan ianya bersesuian dengan diet anda. Jika nak senang, berhentilah makan sebelum kenyang.

2. Diet yang Betul

Anda sepatutnya memilih makanan yang bergizi lengkap. Ambillah makanan yang mengandungi karbohidrat, protein, vitamin, mineral dan lemak. Cuma, pastikan makanan yang diambil tadi rendah lemak atau rendah kalori.

Ingat, amalkan diet yang betul serta seimbang tau. :)

Contoh Menu untuk Diet -



3. Minum Susu Rendah Lemak dan Berkalsium Tinggi

Sebaik-baiknya, anda minulah susu rendah lemak dan berkalsium tinggi setiap hari. Ini bagi memenuhi keperluan kalsium dalam tubuh anda.

Saya tahu ramai yang kurang menggemari susu rendah lemak ni, tapi ia sememangnya baik untuk diet anda.

Susu Rendah Lemak

10 TIP RINGKAS KURUSKAN BADAN

Mesti ramai di antara anda yang berazam nak kuruskan badan, kan? Tapi, untuk menguruskan badan anda ke tahap ideal, ia bukanlah semudah yang disangka. Anda perlukan komitmen untuk merealisasikannya. Berikan diri anda ruang, masa dan usah cepat berputus asa. Anda pasti boleh!

Kalau anda beriya-iya nak kuruskan badan, sebaik-baiknya usahakannya secara semulajadi. Dengan menggabungkan 2 aspek iaitu pemakanan seimbang dan senaman yang konsisten. Biarpun hasilnya lambat sedikit, ianya pasti berbaloi.Salah satu kebaikannya dapat anda lihat melalui kulit. Kulit akan kekal sihat dan tetap tegang sama seperti sebelumnya.


Justeru, terdapat 10 tips ringkas yang boleh anda amalkan demi mencapai impian tersebut iaitu:


1. Tetapkan matlamat anda untuk mengurangkan berat badan secara perlahan-lahan. Iaitu penurunan dalam lingkungan 0.5kg ke 1kg dalam seminggu.

Biasanya 0.5kg adalah angka yang biasa yang mampu dicapai oleh kebanyakan anda. Tapi jangan terlalu memaksa jika anda tak mencapai sasaran awal. Jika anda dapat kurangkan 0.1kg pun dah bagus untuk permulaan.

2. Sebaiknya, lupakan niat anda untuk mengambil sebarang ubat-ubatan dengan tujuan menurunkan berat badan. Lebih-lebih lagi tanpa mendapat nasihat atau kebenaran doktor plak tu.

Bagi anda yang nak menjaga otot, boleh ambil suplemen seperti Glutamin setiap hari selepas sesi senaman.

3. Ambil makanan dan minuman yang rendah kalori dan mempunyai kandungan nutrien yang tinggi. Kurangkanlah sebanyak 500 kalori sehari untuk tujuan mengurangkan berat badan.

Kurangkan juga pengambilan makanan ataupun minuman yang manis (kandungan gula yang tinggi). Lebihkanlah memakan buah-buahan dan sayur-sayuran segar.

4. Elakkan memakan makanan ringan di antara waktu makan. Sebaliknya, anda boleh gantikan dengan sekeping biskut krim kraker dengan secawan kopi atau teh kurang manis (rendah lemak). Ataupun makan saja buah-buahan sebagai ganti.

5. Banyakkan minum air mineral dan jangan meminum minuman beralkohol.


6. Tetapkan waktu makan anda setiap hari.

Sebagai contoh:

Sarapan di antara jam 7.00 ke 7.30 pagi,

Makan di antara waktu pagi dan tengahari (10.00 - 11.00 pagi),

Makan tengahari (12.30 tengahari - 1.30 petang)

Minum petang (3.30 - 4.00 petang)

Makan malam (6.30 petang - 7.30 malam)



Kemudian, disiplinkan diri anda agar makan pada waktu yang ditetapkan. Jika dicepatkan atau dilambatkan sedikit pun tak mengapa. Ikut keadaan dan kesesuaian anda.

7. Makanlah di ruang makan dan bukannya di depan tv.

8. Biasakan diri menggunakan pinggan yang lebih kecil semasa makan. Tujuannya supaya anda tidak mengambil terlalu banyak atau menambah lauk-pauk yang berlemak atau berkalori tinggi.

9. Penuhkan hari anda dengan melakukan aktiviti tertentu bagi mengelakkan daripada asyik teringatkan makanan.


Sebagai contoh:

Lakukan aktiviti senaman 3 hingga 5 kali seminggu. Lakukan selama 30 minit setiap hari.

Anda juga boleh pecahkan kepada 3 sesi setiap hari. Iaitu 10 minit untuk setiap sesi. Boleh buat 10 minit di waktu pagi, 10 minit pada waktu tengahari dan 10 minit sewaktu petang.


10. Akhir sekali, pastikan anda mendapatkan rehat secukupnya. Contohnya waktu tidur. Tidurlah dalam 6 hingga 8 jam sehari.


Semoga 10 tips kuruskan badan di atas dapat membantu anda kelihatan lebih langsing ataupun mendapatkan berat badan yang ideal.


Selamat Mencuba!


p.s: Anda masih tak puas hati dengan cara menguruskan atau menurunkan berat badan di atas tadi?

p.p.s: Apakan daya, itulah saja yang termampu saya kongsikan di ruangan ini. Bagi penerangan lebih lengkap, anda boleh dapatkan cara kurangkan 5 kg dalam masa yang singkat yea.

Wednesday, November 23, 2011

DAY-3

Ari ni masuk keje memandangkan semalam cuti x sihat...almaklumla cuaca x menentu sakit tekak sume ada..huuhuh...yg penting ari ni kita kena teruskan usaha untuk hidup...walalala...ari ni gak ada majlis perpisahan tuk my BFF pasai kontrak dia abis bulan ni...so sunyi la aku kat belakang sorang2..huuhuh paper pun aku doakan diorang sume berjaya dlm hidup diorg...heheh

so pagi ni menu aku:-

B'FAST
Susu HL
Roti Garlic
air kosong

lunch
ikan belada
ayam masak merah
gulai daging salai
sayur campur
air oren
karemal.

Dinner
KFC.

pe kes mkn kfc ni...hahha teringin sangat ler....tp still mlm excersice wat kayuhan basikal sejauh 10km...ringan la ckit badan ni sekarang...seronok sgt...

DAY-2

Aku demam sempena ari ke 2 aku ikut progres diet ni... Bkn sebab x mkn tau sbb balik keje je ujan so mlm tu aku gagah gak ler wat kayuhan 10km ...tp mmg x larat rasanya...
so aku cuti la memandangkan bola pun menang...heheh so menu aku adalah:-

menu pagi
roti bakar + tuna
susu HL

Lunch
ayam masak kicap+sayur bendi
air oren

dinner
nugget +sosej
sayur campur
air kosong

mlm tiada excersice...badan sakit da...hahhaha

Monday, November 21, 2011

HARI PERTAMA SAHUT CABARAN PD50H CS

Syukur alhamdulilah la nama aku dah tersenarai dalam list tu...tq kak Rosh bg tau pasai mende ni...x nak tau gak fb yg kita leh join group ni...hahah lawak je kan...pagi ni semangat sikit ler nak sahut cabaran ni...tp mmg kena ada komitmen yg tggi tuk sahut cabaran tersebut...pg ni belum bf lg...x tau nak mkn per...dlm kepala otak ni nak mkn tempe goreng ngan tau tauhu je la...dah kira kenyang sangat ler...heheh tp perut masih kenyang pasai minum air oren...almaklumla aku ni sembelit so kena la minum air oren pg2...tu pun nasihat dr my fren...hehehe pape good luck tuk diri sendiri...heheh

Sunday, November 20, 2011

Program pagi ahad

Syukur alhamdulilah la pagi ni dengan semangat aku wat senaman...pe lagi kayuh basikal la..memandangkan malam tadi aku tdo umah mak aku so leh la aku wat excersice...


heheh dapat la aku wat kayuhan pertama dengan 5 km je...



kayuhan kedua 10 km..



timbang berat lepas kayuhan kedua..



bla dah lepas excersice aku pun timbangla turun gak ler dr x turun...heheh insyallah dengan berkat SAY NO TO NASI ngan senaman leh la aku turun..heheh alhamdulilah la...ni adalah gambo aku heheh



mmg gemuk aku ler..malu la tgk gambo ni..hahah...time ni nak g keje heheh so aku akan pastikan aku akan kurus pun pakai baju yg sama..heheh




gambo dr sisi...hehehe teruk kan gambo aku ni....yg belakang tu abaikan ye...nasib la en hubby leh tlg amik gambo..hahahah...insyallah dengan gambo yg gemuk ni aku leh dapat kurus yg aku nak..hehehe go..go..go..leyla..

BF

minum quaker out
air suam 1L

LUNCH
Roti canai separuh

DINNER
kebetulan ada kenduri so aku belasah
bihun goreng + ayam masak kicap & sayur campur
air kosong

hahahha semoga berjaya...chayok..chayok...

Jumaat punya menu diet..

Hahhaha lambat letak gambo la pulak...ari jumaat ari tu aku makan mmg x bleh bla la..heheh menunya adalah

BF
bihun goreng
air suam

LUNCH
fusili tom yam suop
lime juice

DINNER
mee goreng basah
air limau panas

hahha mmg giler la mkn time ari tu...mana x badan makin chumell

Ini ada gambo aku time lunch heheh sila la lihat ye..hehe



Restoran Black cayon




menu time lunch



gambo yg semakin chumell la...cam ler nak kurus..huuhhuuhhu..

Friday, November 18, 2011

DIET BERSAMA ATKINS...

Dr. Atkins Diet Revolution

Baru2 ni aku ada buat research on Atkins Diet. Dan boleh dikatakan diet yg aku practise skg adalah hampir sama dgn ciri-ciri Atkins which is Low-Carb Diet. So I think I can classified my diet as Atkins Diet!


Atkins Nutritional Approach / Atkins Diet *************************************
Peringatan: Pregnant ladies dan wanita yang sedang menyusu baby tidak digalakkan mengamalkan Atkins Diet!!! Consult doctor anda sebelum mengamalkan diet ini...!

Atkins Diet ialah sejenis corak pemakanan yang diperkenalkan oleh Dr. Robert C. Atkins bagi membantu seseorang individu untuk mengurangkan berat badan melalui konsep pembakaran karbohidrat (carbohydrate) dan lemak di dalam badan. Dengan mengurangkan dan menghadkan makanan berkarbohidrat seperti nasi, mi, kentang dan gula, badan akan mula membakar lemak sebagai bahanapi. Ini bereti berat badan anda akan mula menyusut. Dr Atkins mula mengembangkan idea karbohidrat rendah dalam pemakanan semenjak tahun 1970an lagi tapi kurang mendapat sambutan. Pada masa itu ramai rakyat Amerika telah mengikuti low-fat diet atau diet rendah lemak.

Melalui low-fat diet, ada yang tidak berjaya mengurangkan lemak badan kerana walaupun mereka menghadkan makanan berlemak, mereka masih mengambil makanan berkarbohidrat dan bergula, seperti meminum lebih banyak jus, memakan roti dan kentang berlebihan. Yang berjaya menurunkan berat badan pula selalunya akan kembali ke berat badan asal dalam masa 1-2 tahun kerana kebanyakkan diet yang diperkenalan menyebabkan mereka sentiasa terasa lapar dan tak mampu mengikut teknik low-fat diet itu buat masa yang lama.

Dr Atkin telah membuat kajian mengenai low carbohydrate diet dan mendapati yang mereka yang mengamalkan pemakanan kurang dalam karbohidrat tetapi tinggi dengan protein mampu menghilangkan berat badan yang berlebihan dan kekal dalam keadaan langsing seumur hidup. Atkins Nutritional Approach (ANA) dibahagikan kepada 4 peringkat utama yang perlu diikuti dengan penuh berdisiplin dan dedikasi jika anda ingin mencapai tubuh langsing impian anda. 4 peringkatnya ialah:

1. Induction (permulaan dan pengenalan) 2 minggu atau lebih, mengikut keadaan dan berat badan.
2. Ongoing Weight Loss (penyusutan berat berterusan)
3. Pre-maintenance
4. Lifetime Maintenance

Induction ialah peringkat terpenting sekali dalam Atkins Diet kerana ia adalah tapak permulaan kepada corak pemakanan yang berbeza daripada apa yang pernah anda lalui selama ini. Induction sebaik-baiknya dilakukan selama 2 minggu (paling kurang) dan boleh diteruskan selama 6 bulan sehingga 2 tahun, mengikut keadaan kesihatan dan berat badan anda. Yang pasti, lagi berat badan anda atau lagi susah untuk anda menghilangkan berat badan (atau kedua-duanya sekali), lagi lama anda patut berada pada tahap Induction.

Semasa 2 Minggu Induction
ELAKKAN :
1.) NASI, MI, MIHUN, LAKSA, LAKSA, SPAGETTI, FETTUCINI, VERMICELLI, KUEW TIAU dan yang sebangsa dengannya.
2.) Roti, roti berserat, roti bun, rotiBoy, roti canai, roti jala, roti bakar, roti pastries dan apa2 yang sebangsa dengannya.
3.) Gula - gula pasir, gula melaka, gula merah, madu, gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi.
4.) Buah-buahan (lepas 2 minggu baru makan berpada-pada).
5.) Minuman bergula, jus buah-buahan, air bergas (coke, pepsi, 100plus, etc), kurangkan pengambilan kopi!
6.) Snek seperti Twisties, biskut manis, nachos, popcorn, jeruk manis.
7.) Segala bentuk kacang untuk 2 minggu. Tak kira kacang biasa, gajus, kuah kacang, dhal...
8.) Makanan berproses seperti kentang goreng, bebola ikan, bebola sotong.
9.) Makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih.

********************************************************

BOLEH MAKAN :
1.) Ayam - panggang, steam, bakar, sup, satay, digoreng tanpa tepung.
2.) Semua ikan - sama macam ayam, boleh grill, steam, goreng tanpa tepung. Tak kira ikan salmon, pari, tenggiri, terubok, ikan bilis...
3.) Semua daging - rusa, lembu, kambing - buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai... asalkan halal.
4.) Udang - bakar, tomyam, goreng dgn cili boh, etc. Elakkan sotong coz karbohidrat tinggi.
5.) Sayur, terutamanya sayur hijau. Kurangkan lobak merah, elakkan kentang. Lagi hijau, lagi bagus, macam sawi, bayam, salad, timun...
6.) Keju jenis cheddar, mozarella, parmesan. Limit kepada 2-3 keping sehari.
7.) Air kosong, air mineral -minum 8 gelas atau lebih sehari untuk elakkan sembelit.
8.) Nak makan burger? Buang roti bun atas dan bawah, makan daging burger dengan sayur dan mayonis kat dalam je...
9.) Pizza? Makan topping kat atas je, roti kat bawah tu kasi orang yang tak perlu diet...
10.) Makan supplement dan vitamin seperti spirullina dan multi-vitamins untuk menambahkan lagi tenaga dan kuatkan daya ketahanan badan.

Jangan lupa makan sarapan, tengahari dan makan malam. Makan malam sebelum jam 9 malam. Jangan ponteng makan!

Contoh sarapan / Breakfast
1.) Telur rebus - 1 biji - (0.6 grams carb)
2.) Chicken slice - 2-3 keping - (0.0 grams carb)
3.) Air suam - 1-2 glass - (0 gram carb)
4.) Keju - 2 keping - (1 gram carb)

Makan Tengahari / Malam
1.) Ikan panggang - 1-2 keping - (0 gram Carb)
2.) Sup Ayam - 1 mangkuk - (0.5 - 1 gram Carb)
3.) Ayam goreng - 1-2 ketul - (0.5 - 1 gram Carb)
4.) Sayur-sayuran hijau - 1 mangkuk - (1 - 3 grams Carb)
5.) Telur goreng - 1-2 biji - (1 - 1.5 gram Carb)

Carb = Karbohidrat
Jangan lebih drp 20 grams carb sehari kalau nak kurus!

Nasi - 1 pinggan penuh = 88 grams Carb !
Nasi - 1/2 pinggan (nasi separuh) = 44 grams Carb.
Nasi - 1/4 pinggan = 22 grams Carb.
Mee (mihun/spagetti/laksa/laksam/fettuccinni) = 10 - 100 grams
Carb (meehoon paling rendah Carb = lebih kurang 10g sepinggan)

Thursday, November 17, 2011

Diet ku menjadi...

Syukur alhamdulilah dah masuk hari ke 3 aku x mkn nasi...mlm tadi aku exsercise bakuh basikal sejauh 5km dulu...lama dah aku x sentuh basikal tu...x der hal la janji ada senaman tuk bakar kalori dlm badan aku..pas tu lak aku belasah ikan cencaru sambal setengah dan juga telor goreng...tu la dinner aku mlm td...heheh

Pagi ni pula aku mkn roti bakar ngan peanut butter je...alhamdulilah la kenyang sudah ngan air kosong...jadi la tuk aku isi perut ni..lagi pun lama aku x wat roti bakar kat opis...akhirnya menjadi juga...tuk kawan2 aku sory x dapat join korang bf pagi ni...heheh paper pun aku harap menjadi diet aku kali ni...berdebar tuk menanti ahad ni...tggggguuuuu,....

Wednesday, November 16, 2011

Percubaan Say NO To Nasi

Alhamdulillah dah 2 hari aku x makan nasi...syukur sumenya berjalan dengan lancar...Memandangkan nak ikut jejak PD50H cuti sekolah so kena la mencuba dahulu kan...heheh tp x la teruk sgt aku wat nya ...janji dapat pertahan x mkn benda2 karbo dah ler...tp aku ari ni aku lunch mkn rojak???ada kah ianya berat???tp mllm aku still minum susu HL sahaja no makan2 tau...heheh

Aku harap kali ni menjadi la diet ni daripada thn2 yg lepas...almaklumkan badan makin chubby n x berapa nak selesa la..klu tinggi ok gak ni cam tong je beratnya...hahha
ni gambo aku time raya...slim la sikit...



pas ni ko tgk ye gambo lepas raya cam apa je...mmg chubby giler...



amcam ok x???tu yg aku beria nak slim melim ni...mmg aku nekad la kali ni...x leh la cam ni...kena jaga badan la bru beranak sorang dah beso cam gni...klu dah 10 x tau la rupanya cam ner...heheheh aku harap2 kali ni menjadi la diet aku ni...hahhah
happy 2 selalu...da...

Tuesday, November 15, 2011

PROGREM DIET...

SYARAT2 CDCS
SYARAT2 CABARAN DIET CUTI SEKOLAH SESSI 2011....

1- Program akan bermula pada 20 Nov 2011 dan berakhir pada 1 Januari 2012. (6 minggu)

2- Yuran penyertaan = Takde. Free of charge. Cuma perlu mendaftar sebelum cuti sekolah bermula.

3- Peserta perlu mempunyai berat melebihi berat ideal. Kalau dh terlalu kurus tp nk turunkan juga berat, merbahaya tau! Pihak penganjur taknak bersubahat & bertanggungjawab....

4- Kemenangan berdasarkan 1. Berat paling byk turun & 2. LWP (Lose Weight Percentage) tertinggi. (2 pemenang)

5- Wajib ada BLOG. Perlu update apa yg patut. Kalau ada gambar lg bagus. At least seminggu sekali pun cukup.

6- Wajib ada gambar (full) + gambar timbangan pada 21 Nov 2011 & pada 1 Jan 2012. (Sbg bukti)

7- Timbangan mingguan adalah pada hari Ahad (masa terpulang samada waktu pagi, tghari @ ptg tp mesti dibuat pd hari yg sama. Sila maklumkn kpd penganjur kalau tak blh nak update. 3 kali gagal update = anda tersingkir.

8- Cara diet mengikut citarasa masing2. Boleh cuba makan produk diet, jaga pemakanan @ senaman. Yg penting jgn sampai memudaratkan diri.

9- Hari AHAD adalah hari timbangan. Free day? Ikut pilihan sendiri. Kalau ada kenduri pd hari Ahad, dinasihati, timbang dulu berat seblm pegi melantak....

10- Boleh tarik diri atas alasan munasabah. Cth: Termengandung masa cabaran @ cik abg tak bagi kuruskn badan ;D

PENYINGKIRAN BERLAKU KALAU

1- Berat naik 3 kali

2- Tidak update berat sebanyak 3 kali

3- Anda mengandung @ sakit parah

4- Anda tak snap gambar & tak update langsung blog tentang program ini.

5- Anda buat liposuction

TARGET UTAMA = TURUNKAN BERAT
(cut & paste dr Program Diet 50 Hari. Zelia jgn mare yer...)

HADIAH:
Bergantung kpd penaja. Lg ramai sponsor, lg byk hadiah. Jd jika ada sebarang penajaan terutama drp mereka yg ada bisnes, hrp2 peserta dpt uar2kn kat dlm blog @ fb masing2. Moga2 sapa2 yg menaja ni akan dimurahkn rezeki sbb murah hati menyumbang hadiah utk para pemenang.

JGN BERLENGAH LAGI. JOM LA JOIN CABARAN NI. MANA LER TAU ANDA PEMENANGNYA...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...