Monday, June 30, 2014

SALAM RAMADHAN 2014

Kejap je dah pose balik...sonok sgt pasai thn ni pose di negeri hubby di Perlis so berjauhan la ngan family aku..raya pun cam tu juga raya disini coz ikut giliran..uwaaaa...sonok x sonok ari ni insyallah dah masuk pose yang ke2..Yang paling best smlm buah hati mama yg sulung dpt pose penuh walaupun x bangun sahur,,,alhamdulilahhhh sgt2..

Pelbagai menu akan dihidangkan waktu buka pose ni dan juga waktu sahur..tapi kat perlis ni x byk sangat pilihan macam di kl..apa yg tingin ditekak sume ada..macam aku ni klu buka mesti nk makan ikan terubuk masak asam pedas kuih pulak mesti wajib buah melaka dan badak berendam...tp kat sini x der pulak juadah tu...sedih pun ada so nk x nk kena buat ler..

Menu untuk berbuka ari ni hb request nk mkn sup ayam je..lgpun ayam masak kicap sahur pg td ada lg satu mangkuk so xnk la bazir sgt msk mcm2 tp makannya x..pas ni balik hb beli kuih sejenis 2 je..x nk byk2 kang x abis..aku pun skrg ni mls nk mkn mcm2 pasai dalam pose ni nk juga diet pasai aku target pose kali ni dapat berat 55kg klu dpt la dr berat 61+++..hhehe arap2 menjadi la..leh la bergaya di pg raya..


Tuesday, June 24, 2014

KOLEKSI GAMBAR FIRAS SEPANJANG DALAM PANTANG

Ini adalah gambar2 firas semasa dalam pantang...mcm2 ragam n pesyen dia semasa dalam pantang...jom kita tgkk

                                                                  
                                                          masa kena kuning (ari ke 3)



                                            masa 7 hari (selepas dan masa bercukur)







                                                                 habis pantang 44 hari

Kelahiran baby Firas

Entry kali ni pulak nk cite pasai kelahiran bby Firas yang ke-2.Kali ni lain pulak alah nak dapatkan bby ni...masa permulaan prapreggy aku x alah pun so keje aku mkn..mkn...dan mkn..so badan pe lgi mmg naik la time tu..nama pun pembawa budakkan...aku wasa cam preggy 1st je pasai dah 6 thn bru nk dapat 2nd...brg2 baby mmg x der la aku dah sedekah kan kat adik n kwn2 yg len..cam x nk preggy je kan...

So nk pendekkan cite aku alah time ptg waktu  nak balik je sampai la tgh mlm..so bla balik keje mmg lembik la badan ni..x larat yg amat..berbeza ngan abg dia Fauzan aku akan alah time pagi sampai la balik keje...mmg dugaan masa bag dia ler..siap aku cuti bagai...yg kali ni sonok aku x yah nk cuti2 sakit tp yg x best tu aku x leh bau org masak mmg azam la nk hidu bau dia..sabo je kan...so pe lg time ni la nk dera sang suami nk masak bagai...bla hb masak je mula la aku dok dlm bilik n tutup hidung...wahhh yg bestnya aku leh mkn cam biasa..kelakar pun ada..

kawan2 bg tau ni mesti bby gurl pasai alah ptg sampai mlm...sonok mmg sonok la aku dgr pasai 2nd bbg dapat gurl..bla aku scan 5 bln pun doc bg tau bbg gurl so mmg sonok la aku wasa masa tu...kebetualan adik aku pun preggy sama alah ngan aku so bertambah kompiden la aku akan dpt bby gurl..

Dengan kehadiran bby ni wasa cam 1st time preggy je..nk dijadikan cite rezeki bby ni mmg murah sangat2..aku dapat balik perlis  serentak ngan hb...mmg sonok la org kata lg2 aku dah 7 bln masa tu...alhamdulilah la rezeki sungguh la..

Abg dia tau je adik nk kuar mlm tu sblm aku bersalin dia demam panas walau dah makan ubat bagai...aku lak sedih pasai aku  wasa cam nk bersalin tp abg dia pulak demam..adusss last2 mlm tu aku tinggalkan fauzan kat umah tok dia...sian fauzan..arap2 cepat sembuh pasai mama nk bersalin dah..

Masa perjalanan nk ke hospital dalam pukul 1.30pg...time aku rasa takut sangat pasai dah lama x bersalin kan lgpun beza ngan abg dia 6 thn..so takut sgt..last2 ingat pesan kawan sblm ko cek ko minum dulu minyak selusuh compem ko bersalin senang..aku ngan rasa takut aku pun taguk la minyak selusuh tu ada la suku botoll..cam nk muntah aku wasa masa tu..tuhan saje yg tau...sampai2 je kat hospital terus g tingkat 2 tuk wat pemeriksaan..tgk2 cek dah buka 3cm..so mmg kena thn bagai la..

aku pun dok la kat wad lgpun masa tu katil x de so kena la dok katil xtra..(katil bawah)..aduss dah la sakit dpt plk katil bawah..haru biru aku wasa...nk wat cam ner kan...redha je la..bla kul 5pg cek bru buka 3cm..adusss lambatnya nk buka jln sakit mmg sakit giler time tu...bla doktor kata pukul 7pg cek lagi...aku ckp ngan hb tolong bwk minyak selusuh nk minum kat luar tempat masuk..pe pg aku teguk minyak tu sampai nk abis...cirit2 x yah cite le...berapa kali masuk toilet buang...sabo je la masa tu..nk mkn pun x lalu...

pukul 7 cek dah buka 5cm..adus bla la nk bersalin ni..masa tu la dia bergerak aktif n sakit tuhan je yg tau...bla dah kul 9.00pg doktor cek dah buka 7cm...aduhhh lamanya aku wasa bby ni nk kuar...x thn sangat sakit yg aku wasa..tp kira ok la dr abg dia dulu 6 jam dok dlm labouroom..kali ni kejap je maybe 2nd bby.
tup..tuppp aku wasa nk bersalin sgt...ckp ngan nurse nk bersallin ni x thn dia kata bru je buka 7 dik...bla cek semula tgk2 dah 10cm..ahhh lega terus aku teran 2x..last2 kuar juga hamba allah yg aku tggu selama 6 thn ni...lega...syukur alhamdulilah...

Tanggal 23.10.2013 keluarla bby ni pada hari ahad pagi jam 9.30am.. seberat 2.9kg je..sonok sgt2 ler pasai abis sudah kesakitan yang aku tanggung selama ini.kali ini aku bersalin di Perlis bukan di Selangor macam abg dia Fauzan..

                                                      




Thursday, June 19, 2014

MENU UNTUK FIRAS 8 BULAN

Entry tuk kali ni adalah pemakanan untuk bayi yang berusia 8 bln..aku amik resipi ni dr blog akak ni...mmg best la akak ni punya blog..klu nk link dengan dia blog  shakinafarhan.blogspot.com so aku bg je la blog ni sebagai panduan untuk bby firas..aku pasai x tau nk masak apa tuk firas so aku search dlm web dapat la blog akak ni..So aku copy je la nk bg firas mkn kenyang2,hehe jom tgk apa menu dia..


1) Nasi ayam sempoi



Bahan-bahan : Beras + Isi Ayam + Carrot + Celery + Tomato + Stok Ayam + Air secukup rasa
Resepi: Tanak nasi menjadi bubur..Kina biasanya lenyek2 masa nak bagi shahadah makan..Tambahkan 1 cube isi ayam (kina biasanya dah buat stok dalam cube2, senang bila masak campak aje..patutnya buat post pasal frozen + stok dulu tapi saje je bagi resepi dulu..kihkih)..Part nasi ayam dah siap..Part sup plak, masukkan 1 stok ayam (dah ada unsalted butter, bawang, kayu manis segala),air, carrot, celery & tomato ke dalam kuali. Masak sehingga carrot tu empuk. Dah siap!

2) Snowgurt chintaku



Bahan-bahan: Yogurt greek (atau plain/natural yogurt) + Puree apple
Resepi: 1 Cube frozen puree apple tu thawkan sekejap bagi separa pepejal sebab kita nak die macam aiskrim yang dicairkan, campurkan 1 sudu yogurt. Siap! Tengok muka shahadah chinta tu. Suka betul die.

3) Bubur nasi carrot dengan ikan tenggiri bakar



Bahan-bahan: Beras + Carrot + Isi ikan tenggiri + Stok ikan bilis
Resepi: Masukkan ikan tenggiri dalam oven. Nak masak atas kuali pon boleh. Kita nak isi die je ye puan-puan. Tanak beras jadi bubur. Kalau tengok gambar ni, kina pakai nasi sebab tu nampak berstruktur gitu kan. Masa bagi makan kina lenyek2. (Ikut cakap MIL..hehe). Kalau prefer hancur buat hancur ye. Masukkan puree carrot, isi ikan tenggiri & stok ikan bilis ke dalam bubur. Stok ikan bilis ni untuk bagi rasa masin2 ikan bilis tu. Cara penyediaan, rendamkan ikan bilis, goreng tanpa minyak & blend masuk bekas. Selalu kalau takde bahan nak masak buat bubur nasi ikan bilis pun sodap.

4) Caramelized apple & banana with cinnamon



Bahan: Apple + Unsalted butter + Banana
Resepi: 1 biji apple dipotong2 direbus. Panaskan unsalted butter. Masukkan apple & pisang. Terus tutupkan api sebab kita taknak die jadi pisang goreng ke goreng pisang kata kak lisa. Sambil tu kita lenyek-lenyek dalam kuali tu. Akhir sekali kikiskan kayu manis (cinnamon), kalau ade serbuk siap boleh tabur sikit. Orang putih selalu guna cinnamon dalam dessert dorang sebabnya cinnamon ni banyak khasiat. Boleh membantu kurangkan glukosa/gula dalam badan & menguatkan memori. Orang yang ada diabetes elok minum air rendaman kayu manis ni.Sesuai buat dessert.

5) Nasi tomato untuk si cilik



Bahan-bahan: Nasi + Tomato + Stok ayam + Puree Isi Ayam + Puree Peas + Unsalted butter
Resepi: Sila tengok gambar. Hahaha. Malas betul nak menaip..Kina campak je semua. Kacau2 sampai tomato tu lembut betul. Siap! Sedap tau. Sebijik rasa nasi tomato.

6) Pasta shrek



Bahan-bahan : Pasta + Puree brokoli + Cheddar cheese + Oregano
Resepi: Rebus pasta sampai lembut. Panaskan puree brokoli dengan cheddar cheese. Masukkan pasta. Pastu blend. Taburkan oregano. Cheddar cheese ni kina pakai brand anchor. Boleh je beli apa2 brand yang penting white cheese. Cheddar adalah sejenis white cheese. Oregano tu plak herbs orang itali selalu pakai utk pasta. Pasta tu tak kisah jenis apa, spagetti ke, angel hair ke, spiral ke. Berkenan dengan pasta huruf-huruf tu tapi dekat Bintulu ni sik ada.

7) Cheesy rice dengan ikan bilis & carrot



Bahan: Beras+ Cheedar cheese + Puree Carrot + Stok ikan bilis
Resepi: Macam biasa. Tanak bubur. Campakkan cheese, carrot & ikan bilis secukup rasa. Cheese tu half dari 1 slice dalam burger tu. Simple tapi sedap. Tambahkan unsalted butter untuk rasa lemak-lemak disukai ramai. Masa ni kina campur je ape yang ade. Akhirnya mama yang lebih-lebih makan sebab ade cheese. hihi.

8) Volcano mash potato with chessy chicken gravy



Bahan: Puree potato + Puree isi ayam + Cheddar cheese + Stok ayam + Oregano
Resepi: Mula-mula kita sediakan mash potato macam biasa. Tambahkan sedikit unsalted butter dalam mash potato. Kemudian kita bentukkan mash potato macam kawah gunung berapi. Pastu kita buat gravy dengan panaskan puree isi ayam dengan cheese & stok ayam. Stok ayam tu kan bila panas cair macam air so tak perlu tambah air pun takpe. Dah masak kita curahkan ke atas gunung berapi. Sedappppp sangat2. Gravy tu buat banyak sket nanti tak cukup.

9) Greek potato salad



Bahan-bahan: Puree potato + Egg (alert2 elergik) + yogurt + carrot + brokoli
Resepi: Masukkan puree potato, carrot, brokoli & kuning telur ke dalam kuali. Panaskan sampai kuning telur tu masak. Masa masak tu kacau2 bagi telur tu hancur. Tambahkan 1 sudu yogurt plain. Kacau & tutup api. Sesuai dimakan untuk breakfast, lunch atau dinner.

10) Puding kastad banananana TV9



Bahan: Setengah sudu kecik tepung kastad + 3 oz Susu Ibu/Susu formula+ Puree banana
Resepi: Bancuhkan tepung kastad dengan susu dan pisang. Tambah air jika menggunakan susu formula. Panaskan di atas api yang kecil dan kacau sentiasa. Best makan masa minum petang si kecil.

11) Pumptato



Bahan-bahan: Puree Potato + Puree Pumpkin + SI
Resepi: Rujuk pada gambar. Bongkah tu puree potato, bulat macam telur tu puree pumpkin. Tapi yang shahadah tak suka sangat. Sebabnya rasa pumpkin tu kuat die tak suka. Actually kina sendiri tak makan pumpkin. Hahaha. Resepi ni baby 7 bulan pun boleh makan.

12) Chicken curry with carrot & aspalela asparagus



Bahan-bahan: Unsalted butter sikit + Puree isi ayam + Yogurt + Cheese cheddar + Puree carrot + Puree asparagus + Air sikit.
Resepi: Panaskan unsalted butter. Masukkan semua bahan-bahan. Siap. Yogurt tu 1 teaspoon je tapi die acts macam santan. Jadi sebab tulah die rasa macam curry. Boleh makan begitu saja atau dengan bubur nasi.

13) Spagetti bolognaise simple



Bahan-bahan: Pasta+Puree Isi Ayam + Tomato +Stok ayam+ Cheddar cheese + Oregano
Resepi: Sama macam pasta shrek. Rebus pasta sampai lembut kemudian toskan. Panaskan isi ayam, tomato yang dipotong dadu, stok ayam, cheese & akhir sekali masukkan pasta. Dah siap boleh taburkan oregano & blend. Great for lunch or dinner.

14) Carrot cek mek molek



Bahan-bahan: Keledek + Carrot + Cinnamon
Resepi: Rebus keledek & carrot bersama sebatang kayu manis sehingga empuk. Kemudian tos sampai kering airnya. Kalau ade air susah nak bentuk. Lenyek2 dan kepal2 menjadi bentuk cek mek molek. Kalau ade kurma letak inti kurma macam etty. Hehe.

15) Chessy carrot as finger food



Resepi: Potong carrot bentuk jejari. Rebus sehingga empuk. Potong cheese memanjang & halus. Bila carrot dah masak & ditoskan terus masukkan cheese supaya cheese mencair sebab panas. Sila perhatikan kalau anak makan finger food takut tercekik kalau baru introduce finger food.


16) Tomato soup



Bahan-bahan: Half tomato + 1 cube potato puree + 1 cube chicken stok + air
Resepi: Potong dadu tomato. Masukkan semua bahan dengan air. reneh sehingga masak sebati. Sambil tu lenyek2 tomato. Sedap dicicah bersama roti. (kalau bagi anak makan roti la kan)


17) Chicken & broccoli pasta with apple sauce



Bahan-bahan: Pasta + Puree ayam + Puree brokoli + Puree apple
Resepi: Resepi ni dari website annabelkarmel. Cara masak sama macam pasta yang lain. Just campur camtu je. Tapi masa ni shahadah tak mau makan sangat. 1-2 sudu je die makan. Maybe boleh test balik campur dengan cheese sebab masa ni belum intro cheese.


18) Bubur nasi aneka warna



Bahan-bahan: Beras + Carrot + Brokoli + Kismis + Kentang
Resepi: Resepi ni ramai je rasanya dah buat. Ilham dari group HSFFYB yang sekarang ni dah ade fanpage. Bolehlah like di sini. Cara masak campur je seperti gambar di bawah. (oh..makin lama makin malas nak menaip yeeee..hehehe..)


19) Bubur lambuk baby



Bahan-bahan: Beras+Isi Ikan tenggiri+ Cheese + Brokoli + Stok ikan bilis + Kuning telur
Resepi: Tanak beras jadi bubur, masukkan isi ikan tenggiri, puree brokoli, cheddar cheese, kuning telur & stok ikan bilis. Pastika kuning telur tu masak dan alergic alert on. Masa ni second day bagi kuning telur. Cuak jugak. Alhamdulillah takde pape alergik setakat ni.


20) Banana split for baby



Bahan-bahan: Pisang + yogurt + cinnamon
Resepi: Masukkan yogurt ke freezer selama 15 min. Potong pisang. Letakkan yogurt ke atas pisang. Taburkan sedikit cinnamon. Boleh juga kalau nak potong pisang dulu, letak yogurt & cinnamon kemudian bekukan. Cuma nanti pisang tu sekali beku sket. Hehe. Kategori finger food jugak ni.

21) Steak ikan tenggiri for baby



Bahan-bahan: Isi ikan tenggiri + Puree kentang + Unsalted butter + Oregano
Resepi: Panaskan unsalted butter, masukkan isi ikan tenggiri & kentang. Tambah sedikit air. Tutup api. Taburkan oregano. Masa ni lah shahadah suka balik makan homemade food yang mamanye sediakan. So akan ingat makanan ni sampai bila-bila. Tak sia-sia mama tak putus asa. Semoga shahadah bertambah sihat dengan air tangan mama. Hhihi.








Sekian, terima kasih. Moga bermanfaat. : )

Friday, June 13, 2014

Kemunculan Baby Firas


Entry kali ni nak cite dah 6 tahun tggu anak ke-2 akhirnya dengan kuasa tuhan aku dikurniakan anak..syukur sgt2 la padamua Ya ALLAH kerana dimakbulkan doa aku dan juga suami untuk menerima hamba ALLAH yang sangat aku sayang. Untuk pengetahuan maybe aku payah dapat baby coz aku senggugut yang agak teruk juga la..klu sapa yg pernah kena senggugut tahu la cam ne rasa sakit tu..x pe kita abaikan kisah tu..hehe

Sebelum aku disahkan mengandung aku ni jenis diet yang amat ketat sekali kerana lepas bersalinkan fauzan dulu aku badan aku bagai dipam..pam... yang aku sendiri pun x sedar makin lama makin chubby n chubby...dr berat lepas bersalin 65 naik ke 78kg tanpa aku sedar..yg aku tau mkn..mkn dan makan...badan makin kembang dan terus..terus...kembang...baju pun makin la makin beso dr saiz s terus ke saiz xl...wahhh tidakkkk...

Dipendekkan cite aku pun bermula diet n terus diet sampai la aku tidak sangka yang aku leh slim cam sblm kawin dulu..hahha sonok mmg x terkata...time tu pulak aku game bola jaring sempena sukan jabatan di Terengganu so pe lagi aku pun mula la join...lgpun lama dah aku tinggalkan game ni dr sekolah menengah lagi..main punya main aku pun wasa cam x sedap badan je time tu..mkn je kejenya pasai selama aku diet aku jarang amik nasi..org kata diet xmkn nasi la...

Balik umah je aku pun mula cuti pasai cam bdn ni x sihat je..aku ingat pasai lama dah x join game outdoor ni..last2 aku pun g la farmasi saje je beli UPT..tp aku simpan dulu pasai mls nk test lgi..bla petang tu aku lelap jap pasai lum masak lgi..lelap punya lelap aku mimpi brest aku meleleh ngan susu...punya la terkejut so aku pun bangun dan mandi n lepas solat asar aku saje try UPT saje nak tau betui ke aku ni pregggy..mmg terkejut la bla aku tgk 2 line so maksudnya aku dah preggy...Ya Allah syukur sgt2 benda yang aku tggu selama ini menjadi...sonok mmg x terkatala...

Bla hubby balik je aku dah siap buat minum ptg n sae lepak2 depan umah sambil tgk fauzan main di laman...bla hubby alik dia terus kata baby tgh buat apa tu...dlm hati cam ne dia tau aku ni preggy?? aku x kata pe pun just senyum je la..aku letak UPT tu di atas almari sae je letak nk bg tau yg aku ni preggy..lepas solat maghrib baru la dia tgk atas mej ada apa..masa tu aku tgh baca al-quran...so bla dia Nampak benda tu (UPT) terus dia menjerit dan kata abg nk dpt bby lgi ke..sonoknya tgk dia n siap peluk2 lagi masa tu...gumbira je tgk airmuka dia..syukur sgt2 masa tu...fauzan pun masa tu x tau apa pun cume kat 'mama nk dpt bby lg ke'???

Aku wisau takut dia x nk terima kenytaan yang dia akan dapat adik pas ni...so aku pun bg tau pas ni fauzan aka jd abg..tgk muka dia cam x suk je..aku redha n pasrah je bla tgk muka dia...walau apa pun aku kena jaga bby ni memmandangkan aku dah lama x preggy so mmg kena jaga la..

BISKUT DENMARK IN DA HOUSE

Entry untuk kali ini memandangkan sok dah mula cuti ingat sebelum raya nak try ler buat kukis..saje nk merajinkan diri plk...memandangkan resipi dia mudah dan ringkas saje...lgpun aku ni suka makan benda2 kuih yg berkcang so mmg tepatla jangkaan aku nk buat biskut ni...aku mik resipi ni pun dari blog akak sorang ni jom klu nk join sekali..ni akak tu punya blog..mcm2 kuih dia buat jom kita tgk...http://ummizaihadi-homesweethome.blogspot.com


Bahan-Bahan:-

2 cawan gula (mklang guna 1½ cwn)
1½ cawan butter
3 cawan tepung jagung
2½ cawan tepung gandum
Vanilla
2 biji merah telur

Bahan Icing:-

2 kati kacang tanah – sangai & tumbuk (mklang beli readymade aje)
2 bungkus gula icing
4 camb serbuk koko
Air panas

*(Nota : bg sesiapa yg rajin nak buat icing ni silalah tapi maklang buat ringkas aje dengan mencairkan cooking choc + shortening, celup biskut dlm coklat dan golek ngan kcg tumbuk) - akak pun wat style Maklang jek..hehe

Cara-Cara:-

Adunkan butter + gula hingga berkrim·
Masukkan telur kemudian kacau hingga sebati·
Masukkan esen vanilla dan kacau sebati·
Ayak semua tepung, masukkan sedikit-sedikt – uli hingga menjadi lembut.
Gentel bulat – sebesar hujung jari manis je , sbb nanti ia mengembang.. bakar dan sejukkan. (*ummi bakar pd suhu 180C selama 15 - 18 minit - hingga nmpak nak garing sikit, baru rangup! Itupn, bergantung jgk pd oven masing2 ya..)
Celup dlm coklat dan golek dengan kcg tumbuk.



Tuesday, June 3, 2014

DULU KINI DAN SELAMANYA...

Entry kali ni saje je nak bg semangat kat kawan2 yang dulunya aku bulan la gemuk sgt pun...paling aku slim pun dulu berat dlm 39kg je..(gambo dlm album) nnt la ada masa aku update berat aku masa kuwus dulu...dan skrg ni saje nk bg semangat supaya aku x akan kembali kepada berat yang lama...so aku akan ubah lemak2 ni jadikan ianya sebagai tenaga untuk aku terus slim n slim...bkn nk slim sgt pun cume nk bagi maintain je..aku pernah orang ckp masa tu bru anak sorang orang dah kata "BARU ANAK SORANG BADAN CAM ANAK 5" uwaaaa malunya masa tu...Tuhan saje yang tahu...mula mmg x perasan pun cam ner la badan aku masa tu nak aku bg tunjuk mesti korunk pun akan kata cam gtu juga..jom sama2 kita tgk...jgn gelak kuat2 nnt orang sebelah dengar..hehehhe
dan bla orang kata cam gtu aku pun mula la mulakan langkah aku yang pertama iaitu start maraton...so nila gambo aku masa mula2 start marathon...mmg gemuk giler..tp lantak la orang nak kata pe janji aku slim,,slimm dan slimm je dlm kepala otak aku...aku x akan berpatah balik...hahhaha
yang akhir ini la aku last marathon...sonok mmg x terkata la...hehehe..nasib la berbaloi..syukur pada mu ya ALLAH kerana telah memakbulkan impian aku tuk kembali kepada yang asal... Akhir sekali gambo masa aku dah mula slim..slimm la sgt kita beza la gambo dulu dan sekarang..jom kita tgk sama...
rasanya tu je la yang aku nk cite tuk ari ni...daaaa
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...