Monday, July 21, 2014

Weeekend yang suram

Entry kali ni mmg sedih je..x tau la pasai pe..org sume happy pasai nk raya aku lak yang sedih..hahha nasib la leyla oi...start ari jumaat tu balik je dr amik firas tgk2 dia plk dok selsema..siap meleh2 lagi..aduhhh x kan nak demam kot baru je naik demam ari tu..adusss kali ni firas demam nk melekat je kat aku so nk wat pe pun x leh apa lagi nk masak..nasib la hb ada so dia la jd tukang masak kami..petang tu menu dia buat ikan gerut masak 3 rasa...waah  sedap betui dia masak..lama x rasa masakan dia..mmg best la siap aku tambah2 lagi nasi buka pose tu...mekasih syg...

Malam tu plk saje wasap ngan adik plk kata mak pun demam gak...aduhh nape sume demam ni..mlm tu tepon mak saje sembang2 lagi pun dah smggu x dgr suara mak..almaklumla dok jauh paham2 je la..nak tepon selalu ehem2 je la kan...bla dgr suara mak sedih pun ada happy pun ada..sembang punya sembang dia siap dok kira lgi nak raya tggal 10 ari so kiranya aku akan balik juga dlm 10 ari ni...Ya Allah mak aku leh siap kira bla aku nk balik...sedihnya aku wasa...lagi pun last aku blk kg bulan 3 so klu ikut dah 4 bln lebih la x blk..arap raya je la..cuti skolah ari tu aku x balik..maklumla masing2 bz ngan keje..

Mak siap kata lagi agaknya klu mak M*** ni agaknya ko sempat x balik tgk mak..adus sedihnya aku dgr mak aku ckp cam tu...pe lagi aku plk siap kata mak nk g mana...aku dah jauh ni mcm2 pkiran aku pk pasai family aku...entah la aku sendiri x tau nk kata pe..dugaan tetap dtg tanpa mengira masa...

Memang aku akui mak aku terlalu windu aku satu family...siap kata lg firas ngan fauzan dah beli baju raya belum..firas dah pandai pe..mcm2 soalan dia bg tau aku...adusss windu sgt mak aku ngan cucu dia..

Lepas2 je aku letak kefon bagai aku plk rasa dah sakit tekak ngan selsema....gara2 jangkit ngan firas...adus dugaan dtg lagi...aku syukur kerana bg sakit kiranya dosa2 aku akan terhapus la..aminnn

Hari sabtu plk firas demam panas lagi dan aku pun demam sama cam dia..adus.. tuhan je yg tahu rasanya bla anak ngan mak demam...so hb yg jaga kami...last2 g klinik bg ubat bagai n tdo..sedo2 dah ptg x sempat nak masak so ada chef baru kat dapur...menu tok sabtu ni ayam goreng berempah ngan sayur campur..

Malam tu dlm kul 11.00 aku pun tetiba rasa nk wat popia nestum..so pe lagi mulakan  operasi memandangkan firas tdo n abah dia yg jaga...aku gagahkan juga buat kuih raya..x pernah aku wat kuih raya ni la kali pertama aku buat...alhamdulilah senang sangat aku rasa...syukur menjadi juga...so aku letak bahan dia nestum+horlick+milo...mmg sedap sgt...dpt la sebalang...Sok aku ingat nk buat batang buruk plk..arap2 menjadi la..

Terima kasih abg kerana jaga kami 3 beranak yg dalam kesakitan dan juga menjadi chef 3 ari ni...syukur sgt2 kerana abg dapat bantu kami sume...




Tuesday, July 8, 2014

REKOD PECAH ANGKA 6

aLHAMDULILAH syukur kerana aku berjaya juga pecahkan rekod angka 6 setelah 8 bulan 1/2 aku menunggu..berat aku kali ni adalah 59.6kg ni pun gara-gara pose klu x mmg lambat lagi kot nk lost ni..hehehe smlm juga ada iftar ngan farewell kawan opis yang akan bertukar di jabatan bomba perak...

makan tetap makan kwn2 rugi kalau x makan...skrg ni aku kurang mkn pasai 2 ke 3 ari ni dok cirit je mkn buah tembikai...so smlm bla nampak tembikai aku jd fobia..hahah lawak je kan...smlm main  menunya adalah nasi tomato ngan bubur lambuk..waduhhh berat nya nk mkn yg lain2 boleh lagi aku telan...last2 aku buka smlm dengan :-

1 biji kurma
1 ketul roti john
2 ketul murtabah
1 gelas beso air suam..

tu la aku mkn smlm pas tu aku solat dulu ...tp mmg kenyang giler aku wasa...nasib la aku mkn tu je dulu klu mkn nasi mau lemau je nk solat..haha...bla pas solat pulak aku mkn tuk 2nd round :

1 senduk nasi tomato
2 ketul ayam masak merah
1 ketul begedel ayam

untuk desert pulak

2 ketul agar2 milo
1 ketul agar2 gula merah
1 cawan dadih
1 gelas beso air suam

alhamdulilah cukup la tuk buka pose hari ni..ni pun perut dah mengah2 x larat ka sgt...tp sonok sangat pasai angak yg ku idam dah tercapai...so aku kena kejar lagi 4.6kg tu pun klu dapat la nk berat aku kali ni 55kg..hahha mmpi je kot...(dlm hati nk juga) raya 2 thn lepas berat aku last 57kg..so kali ni nk buat lain cikit heheh

yang kelakar smlm bos kata

bos : leyla awk dah slim la sy tgk gara2 mkn oat ye..kira baloi gak kan..
aku : mana ada bos biasa2 je maybe baju kot..smlm pakai jubah itam tu yg nampak slim kot
pak nan : x pe bos kita tgk lepas raya sure berat naik
aku : senyummmm je la..
bos : agaknya leyla mkn hati kot tu yg selim je tu
aku : wat pe nk mkn hati bos baik makan ayam...hehehe

kira lawak je smlm aku wasa....selim pasai makan hati...hahah sabo je la...

Tuesday, July 1, 2014

RAHSIA PENYUSUAN KETIKA BERPUASA


penyusuan
Kerisauan ibu-ibu yang  menyusukan anak ketika bulan puasa adalah bimbang pengeluaran susu berkurangan untuk stok si manja. Pelbagai persoalan bermain di kepala sebelum kedatangan bulan Ramadhan. Bolehkah saya berpuasa? Adakah susu saya akan berkurangan? Nak makan apa untuk berbuka da bersahur?
Adakah anda juga ibu-ibu yang pertama kali menyusu yang berada dalam dilema berikut. Jangan risau! Hakikatnya anda boleh terus berpuasa penuh tanpa perlu risau kekurangan pengeluaran susu tetapi dengan syarat perlu mematuhi garis panduan berikut:
  1. Disiplin waktu makan
Ibu menyusu memerlukan kalori tambahan sebanyak 700 kalori sehari. Sebanyak 500 kalori diambil daripada makanan ibu dan 200 kalori diambil daripada lemak dalam tubuh ibu. Oleh itu walaupun berpuasa, pastikan tetap makan tiga kali sehari iaitu sahur, berbuka dan sebelum masuk tidur.

  1. Kurma,kurma,kurma
Makanan sunnah ini terkenal sebagai sumber tenaga segera kepada badan. Kurma kaya dengan protein, serat, gula, vitamin A & C serta zat mineral seperti besi, kalsium, sodium dan potassium. Maka, jangan sesekali tinggalkan buah kurma sepanjang berpuasa. Ia amat sesuai untuk ibu menyusu.

  1. Makanan seimbang dan suplemen
Pastikan ibu berbuka dan bersahur dengan mengambil makanan seimbang seperti karbohidrat, protein dan lemak.  Contoh makanan seperti nasi atau mee semasa berbuka dan bersahur, roti, biskut, kuih-muih sebelum tidur. Pengambilan supleman untuk ibu menyusu turut membantu memberi tenaga dan mengekalkan penghasilan susu.

  1. Minum banyak air
Keperluan cecair oleh ibu menyusu sangat tinggi. Sebanyak dua liter diperlukan sehari. Bagaimana hendak minum banyak sedangkan seharian berpuasa? Mulakan minum air masak sejak berbuka sehingga bersahur dan menjelang imsak. Tip mudah, letakkan sebotol air di tepi katil supaya anda boleh minum pada bila-bila masa sepanjang malam. Selain air masak, minuman yang disarankan adalah jus buah-buahan, minuman bersusu dan berbijirin. Elakkan minuman berais terutama ketika berbuka dan bersahur kerana menyebabkan kita cepat dahaga. Minuman suam membantu melancarkan pengeluaran susu ibu.

  1. Bertenang dan yakin
Secara psikologi, minda anda turut mempengaruhi penghasilan susu ibu. Oleh itu jangan terlalu tertekan memikirkan susu akan berkurangan. Tekanan akan mempengaruhi hormon oksitosin yang mengeluarkan susu ibu. Banyakkan berdoa agar segalanya dipermudahkan Allah.

  1. Kerap menyusu dan mengepam
Ibu perlu ingat dengan formula semakin kerap bayi menyusu, semakin banyak susu dikeluarkan. Bagi ibu yang bekerja, semakin kerap mengepam, semakin banyak susu dihasilkan. Maksudnya, semakin banyak susu dikeluarkan maka semakin kerap payu dara dikosongkan maka semakin banyak susu akan dihasilkan. Oleh itu walaupun berpuasa tugas mengepam dan menyusukan anak perlu diteruskan. Jangan bimbang susu akan kering, kerana semakin anda tidak mengepam dan menyusukan bayi, susu akan berkurangan sedikit demi sedikit. Kurangnya pengeluaran susu bukan disebabkan ibu berpuasa sebaliknya kurang rangsangan sama ada menyusukan terus atau mengepam.

selamat mencuba ye jgn susah hati bla susu x banyak tau...hehhehe selamat berpose sume

Diet ketika Ramadan

Pasar atau bazar Rama­dan memang meriah de­ngan pelbagai jenis kuih-muih, lauk-pauk serta minuman buat juadah berbuka.
Selepas sehari­an berpuasa, ramai yang rambang mata apabila ke bazar Ramadan. Apa saja diinginkan pasti dibeli tanpa memikirkan kemampuan kita untuk menghabiskan semua makanan yang dibeli itu.

Pada masa sama, ramai juga yang mula mengetepikan amalan makan secara sihat semata-mata kerana berpuasa.

Menurut portal rasmi MyHealth Kementerian Kesihatan Malaysia, makan secara sihat perlu dijadikan amalan setiap masa terutama ketika menjalani ibadah puasa.
Foto

Ia penting bagi me­ngelakkan beberapa ­masalah kesihatan seperti sembelit, makanan tidak hadam, kembung perut serta kandungan gula rendah dalam darah.

Sekiranya masalah ini berlaku, pasti boleh mengganggu sese­orang itu berpuasa dengan ­se­lesa dan menghayati keistimewaan Ramadan.

Kunci kepada amalan pemakanan secara ­sihat ialah makan pelbagai ­jenis makanan secara sederhana dan seimbang walaupun pada bulan puasa.

Ambil makanan ­daripada semua kumpulan makanan berdasarkan Piramid Makanan Malaysia iaitu nasi, roti, bijirin dan hasil bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran.

Selain itu, ikan, ayam, daging dan kekacang, susu dan produk tenusu serta sedikit minyak, ­lemak serta gula dan garam juga perlu seimbang.

Bukan itu saja, pe­ngambilan air sama ada dalam bentuk minuman atau sup perlu mencukupi bagi mengelakkan masalah dehidrasi.

Keba­nya­kan kita suka mengambil kuih-muih manis sebagai juadah berbuka puasa. Apa yang paling penting, tidak makan secara berlebihan dan digalakkan mengambil makanan yang ringkas terlebih dulu sebaik saja berbuka puasa.

Ia bertujuan untuk mengelakkan ketidakselesaan kepada sistem penghadaman kita. Me­ngikut sunnah, lebih baik mengambil kurma sebagai makanan pertama berbuka puasa kerana ia kaya de­ngan tenaga serta serat.


Contoh makanan:

Berbuka puasa

Berbuka dengan tiga biji buah kurma, setengah cawan jus buah-buahan, satu cawan sup sayur atau setengah cawan bubur lambuk dan sekeping kuih.

Makan malam de­ngan makan satu setengah cawan nasi, seketul ikan atau ayam, satu cawan sayur campur dan sebiji buah.

Makan lewat malam (moreh). Snek ringkas seperti roti, biskut, sandwic, kuih-muih, kacang atau buah-buahan.

Pengambilan makanan yang pedas serta berempah tidak digalakkan semasa berbuka. Ini dikhuatiri membuatkan perut tidak selesa pada siang hari.


Bersahur

Amalan bersahur penting semasa berpuasa untuk membekalkan tenaga ­sepanjang waktu berpuasa pada siang hari. Sebaik-baiknya, waktu bersahur sekurang-kurangnya setengah jam sebelum waktu imsak. Bersahur awal atau sebelum tidur tidak digalakkan.

Semasa bersahur, digalakkan mengambil makanan yang berasaskan karbohidrat kompleks seperti nasi, roti atau oat. Pengambilan makanan yang tinggi serat seperti roti tinggi serat atau roti mil penuh serta oat pula dapat mengurangkan rasa lapar.

Jangan lupa mengambil buah-buahan dan air yang mencukupi sewaktu bersahur. Bagaimanapun, pengambilan minuman berkafein seperti teh atau kopi tidak digalakkan kerana ia boleh mengakibatkan kehilangan air dalam badan.


Contoh makanan ketika sahur:

Bersahur de­ngan satu setengah cawan nasi, seekor ikan goreng, setengah cawan sup sayur campur dan tauhu, sebiji pisang atau tiga biji kurma, segelas air kosong dan segelas susu rendah lemak.

Secawan bijirin sarapan dengan setengah gelas susu rendah lemak dan kismis atau hirisan pisang, dua keping roti mil penuh dengan sedikit jem, segelas jus oren dan segelas air kosong.

Bulan puasa juga peluang yang baik untuk menurunkan berat badan bagi mereka yang bermasalah berat badan. Namun, perkara penting adalah mengamalkan pengambilan makanan yang sederhana dan seimbang serta ­me­ngurangkan makanan tinggi lemak dan gula.

Beri perhatian pada saiz hidangan kerana biasanya apabila lapar, kita lebih cenderung mengambil makanan dalam kuantiti yang ba­nyak.

Jangan jadikan puasa sebagai alasan untuk anda tidak aktif. Lakukan aktiviti fizikal secara sederhana seperti regangan dan berjalan kaki.

Pengambilan makanan secara sihat bukan saja dapat mengurangkan berat badan malah membolehkan kita menjalani ibadah puasa dengan sempurna.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...