Thursday, June 19, 2014

MENU UNTUK FIRAS 8 BULAN

Entry tuk kali ni adalah pemakanan untuk bayi yang berusia 8 bln..aku amik resipi ni dr blog akak ni...mmg best la akak ni punya blog..klu nk link dengan dia blog  shakinafarhan.blogspot.com so aku bg je la blog ni sebagai panduan untuk bby firas..aku pasai x tau nk masak apa tuk firas so aku search dlm web dapat la blog akak ni..So aku copy je la nk bg firas mkn kenyang2,hehe jom tgk apa menu dia..


1) Nasi ayam sempoi



Bahan-bahan : Beras + Isi Ayam + Carrot + Celery + Tomato + Stok Ayam + Air secukup rasa
Resepi: Tanak nasi menjadi bubur..Kina biasanya lenyek2 masa nak bagi shahadah makan..Tambahkan 1 cube isi ayam (kina biasanya dah buat stok dalam cube2, senang bila masak campak aje..patutnya buat post pasal frozen + stok dulu tapi saje je bagi resepi dulu..kihkih)..Part nasi ayam dah siap..Part sup plak, masukkan 1 stok ayam (dah ada unsalted butter, bawang, kayu manis segala),air, carrot, celery & tomato ke dalam kuali. Masak sehingga carrot tu empuk. Dah siap!

2) Snowgurt chintaku



Bahan-bahan: Yogurt greek (atau plain/natural yogurt) + Puree apple
Resepi: 1 Cube frozen puree apple tu thawkan sekejap bagi separa pepejal sebab kita nak die macam aiskrim yang dicairkan, campurkan 1 sudu yogurt. Siap! Tengok muka shahadah chinta tu. Suka betul die.

3) Bubur nasi carrot dengan ikan tenggiri bakar



Bahan-bahan: Beras + Carrot + Isi ikan tenggiri + Stok ikan bilis
Resepi: Masukkan ikan tenggiri dalam oven. Nak masak atas kuali pon boleh. Kita nak isi die je ye puan-puan. Tanak beras jadi bubur. Kalau tengok gambar ni, kina pakai nasi sebab tu nampak berstruktur gitu kan. Masa bagi makan kina lenyek2. (Ikut cakap MIL..hehe). Kalau prefer hancur buat hancur ye. Masukkan puree carrot, isi ikan tenggiri & stok ikan bilis ke dalam bubur. Stok ikan bilis ni untuk bagi rasa masin2 ikan bilis tu. Cara penyediaan, rendamkan ikan bilis, goreng tanpa minyak & blend masuk bekas. Selalu kalau takde bahan nak masak buat bubur nasi ikan bilis pun sodap.

4) Caramelized apple & banana with cinnamon



Bahan: Apple + Unsalted butter + Banana
Resepi: 1 biji apple dipotong2 direbus. Panaskan unsalted butter. Masukkan apple & pisang. Terus tutupkan api sebab kita taknak die jadi pisang goreng ke goreng pisang kata kak lisa. Sambil tu kita lenyek-lenyek dalam kuali tu. Akhir sekali kikiskan kayu manis (cinnamon), kalau ade serbuk siap boleh tabur sikit. Orang putih selalu guna cinnamon dalam dessert dorang sebabnya cinnamon ni banyak khasiat. Boleh membantu kurangkan glukosa/gula dalam badan & menguatkan memori. Orang yang ada diabetes elok minum air rendaman kayu manis ni.Sesuai buat dessert.

5) Nasi tomato untuk si cilik



Bahan-bahan: Nasi + Tomato + Stok ayam + Puree Isi Ayam + Puree Peas + Unsalted butter
Resepi: Sila tengok gambar. Hahaha. Malas betul nak menaip..Kina campak je semua. Kacau2 sampai tomato tu lembut betul. Siap! Sedap tau. Sebijik rasa nasi tomato.

6) Pasta shrek



Bahan-bahan : Pasta + Puree brokoli + Cheddar cheese + Oregano
Resepi: Rebus pasta sampai lembut. Panaskan puree brokoli dengan cheddar cheese. Masukkan pasta. Pastu blend. Taburkan oregano. Cheddar cheese ni kina pakai brand anchor. Boleh je beli apa2 brand yang penting white cheese. Cheddar adalah sejenis white cheese. Oregano tu plak herbs orang itali selalu pakai utk pasta. Pasta tu tak kisah jenis apa, spagetti ke, angel hair ke, spiral ke. Berkenan dengan pasta huruf-huruf tu tapi dekat Bintulu ni sik ada.

7) Cheesy rice dengan ikan bilis & carrot



Bahan: Beras+ Cheedar cheese + Puree Carrot + Stok ikan bilis
Resepi: Macam biasa. Tanak bubur. Campakkan cheese, carrot & ikan bilis secukup rasa. Cheese tu half dari 1 slice dalam burger tu. Simple tapi sedap. Tambahkan unsalted butter untuk rasa lemak-lemak disukai ramai. Masa ni kina campur je ape yang ade. Akhirnya mama yang lebih-lebih makan sebab ade cheese. hihi.

8) Volcano mash potato with chessy chicken gravy



Bahan: Puree potato + Puree isi ayam + Cheddar cheese + Stok ayam + Oregano
Resepi: Mula-mula kita sediakan mash potato macam biasa. Tambahkan sedikit unsalted butter dalam mash potato. Kemudian kita bentukkan mash potato macam kawah gunung berapi. Pastu kita buat gravy dengan panaskan puree isi ayam dengan cheese & stok ayam. Stok ayam tu kan bila panas cair macam air so tak perlu tambah air pun takpe. Dah masak kita curahkan ke atas gunung berapi. Sedappppp sangat2. Gravy tu buat banyak sket nanti tak cukup.

9) Greek potato salad



Bahan-bahan: Puree potato + Egg (alert2 elergik) + yogurt + carrot + brokoli
Resepi: Masukkan puree potato, carrot, brokoli & kuning telur ke dalam kuali. Panaskan sampai kuning telur tu masak. Masa masak tu kacau2 bagi telur tu hancur. Tambahkan 1 sudu yogurt plain. Kacau & tutup api. Sesuai dimakan untuk breakfast, lunch atau dinner.

10) Puding kastad banananana TV9



Bahan: Setengah sudu kecik tepung kastad + 3 oz Susu Ibu/Susu formula+ Puree banana
Resepi: Bancuhkan tepung kastad dengan susu dan pisang. Tambah air jika menggunakan susu formula. Panaskan di atas api yang kecil dan kacau sentiasa. Best makan masa minum petang si kecil.

11) Pumptato



Bahan-bahan: Puree Potato + Puree Pumpkin + SI
Resepi: Rujuk pada gambar. Bongkah tu puree potato, bulat macam telur tu puree pumpkin. Tapi yang shahadah tak suka sangat. Sebabnya rasa pumpkin tu kuat die tak suka. Actually kina sendiri tak makan pumpkin. Hahaha. Resepi ni baby 7 bulan pun boleh makan.

12) Chicken curry with carrot & aspalela asparagus



Bahan-bahan: Unsalted butter sikit + Puree isi ayam + Yogurt + Cheese cheddar + Puree carrot + Puree asparagus + Air sikit.
Resepi: Panaskan unsalted butter. Masukkan semua bahan-bahan. Siap. Yogurt tu 1 teaspoon je tapi die acts macam santan. Jadi sebab tulah die rasa macam curry. Boleh makan begitu saja atau dengan bubur nasi.

13) Spagetti bolognaise simple



Bahan-bahan: Pasta+Puree Isi Ayam + Tomato +Stok ayam+ Cheddar cheese + Oregano
Resepi: Sama macam pasta shrek. Rebus pasta sampai lembut kemudian toskan. Panaskan isi ayam, tomato yang dipotong dadu, stok ayam, cheese & akhir sekali masukkan pasta. Dah siap boleh taburkan oregano & blend. Great for lunch or dinner.

14) Carrot cek mek molek



Bahan-bahan: Keledek + Carrot + Cinnamon
Resepi: Rebus keledek & carrot bersama sebatang kayu manis sehingga empuk. Kemudian tos sampai kering airnya. Kalau ade air susah nak bentuk. Lenyek2 dan kepal2 menjadi bentuk cek mek molek. Kalau ade kurma letak inti kurma macam etty. Hehe.

15) Chessy carrot as finger food



Resepi: Potong carrot bentuk jejari. Rebus sehingga empuk. Potong cheese memanjang & halus. Bila carrot dah masak & ditoskan terus masukkan cheese supaya cheese mencair sebab panas. Sila perhatikan kalau anak makan finger food takut tercekik kalau baru introduce finger food.


16) Tomato soup



Bahan-bahan: Half tomato + 1 cube potato puree + 1 cube chicken stok + air
Resepi: Potong dadu tomato. Masukkan semua bahan dengan air. reneh sehingga masak sebati. Sambil tu lenyek2 tomato. Sedap dicicah bersama roti. (kalau bagi anak makan roti la kan)


17) Chicken & broccoli pasta with apple sauce



Bahan-bahan: Pasta + Puree ayam + Puree brokoli + Puree apple
Resepi: Resepi ni dari website annabelkarmel. Cara masak sama macam pasta yang lain. Just campur camtu je. Tapi masa ni shahadah tak mau makan sangat. 1-2 sudu je die makan. Maybe boleh test balik campur dengan cheese sebab masa ni belum intro cheese.


18) Bubur nasi aneka warna



Bahan-bahan: Beras + Carrot + Brokoli + Kismis + Kentang
Resepi: Resepi ni ramai je rasanya dah buat. Ilham dari group HSFFYB yang sekarang ni dah ade fanpage. Bolehlah like di sini. Cara masak campur je seperti gambar di bawah. (oh..makin lama makin malas nak menaip yeeee..hehehe..)


19) Bubur lambuk baby



Bahan-bahan: Beras+Isi Ikan tenggiri+ Cheese + Brokoli + Stok ikan bilis + Kuning telur
Resepi: Tanak beras jadi bubur, masukkan isi ikan tenggiri, puree brokoli, cheddar cheese, kuning telur & stok ikan bilis. Pastika kuning telur tu masak dan alergic alert on. Masa ni second day bagi kuning telur. Cuak jugak. Alhamdulillah takde pape alergik setakat ni.


20) Banana split for baby



Bahan-bahan: Pisang + yogurt + cinnamon
Resepi: Masukkan yogurt ke freezer selama 15 min. Potong pisang. Letakkan yogurt ke atas pisang. Taburkan sedikit cinnamon. Boleh juga kalau nak potong pisang dulu, letak yogurt & cinnamon kemudian bekukan. Cuma nanti pisang tu sekali beku sket. Hehe. Kategori finger food jugak ni.

21) Steak ikan tenggiri for baby



Bahan-bahan: Isi ikan tenggiri + Puree kentang + Unsalted butter + Oregano
Resepi: Panaskan unsalted butter, masukkan isi ikan tenggiri & kentang. Tambah sedikit air. Tutup api. Taburkan oregano. Masa ni lah shahadah suka balik makan homemade food yang mamanye sediakan. So akan ingat makanan ni sampai bila-bila. Tak sia-sia mama tak putus asa. Semoga shahadah bertambah sihat dengan air tangan mama. Hhihi.








Sekian, terima kasih. Moga bermanfaat. : )

2 comments:

Unknown said...

nnt nak try wat tgk... nampak macam sedap

Leyla said...

buat lidia jgn x buat rugi tau...klu nk lebih info ko g my homemade solid food mmg byk menu dia..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...